Pages

Wednesday, December 4, 2019

Its has been a loooonng year for me.

As the title state. man, its been long year for me.
pejam celik, pejam celik, dah december.
fuhh, cepat masa brlalu.

1st of all, mann... 6 years with no update.
hahahahaha.. ni smua salah twitter, fb ngan insta.
terlalu committed and time consuming dekat tiga2 social media tu.
pergh, technology is a scary things...
tapi bila tengok2 balik post2 lama sblum ni, rasa mcm bnyak dah pendapat aku yg aku rasa , peh, daifnya aku masa tu.
so FULL DISCLAIMER : SEMUA YANG POST 6 TAHUN LEPAS TIDAK MECERMINKAN SAYA YANG SEKARANG. KEBANYAKKAN PENDAPAT SAYA PADA MASA DULU ,SAYA MENYANGKAL DAN SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN KENYATAAN YANG SAYA TELAH POST SEBELUM-SEBELUM INI.
anyway, yeah, its been 6 years without update, and i got alot things to share with you guys.

but before we begins, lets talk about what happen to my life for the past 6 years.
2014 - 2015
Yeah, so in 2014, i got to continue my study for my Degree in Software Development in APU. i have to say, its a hellish thing that i have done in my life. I mean, really, its a new environment for me and i feel like ,this is my 3rd "Culture Shock" of my life. haha.

Why culture shock? well, 1st, seriously, 1st time aku dapat rasakan perbezaan "taraf hidup" antara student2 lain. kalau nak compare dengan intl punya student, valid jgk lah, sbab dorang mai sini kot. tapi utk local student, fuuh.. mmg rasa langit dan bumi. Style expenses dorang tinggi giler. tak mmpu nak follow aih. makn tghari? Papa rich. Lepak buat assignment? Starbuck. Lepak weekend? Mall tah mana.(disclamer : bila dah keje ni, tulis list mcm tu rasa mcm... takda la mahei sgt, normal lah cost makan minum camtu.). Mungkin dulu tak mmpu, sbab aku harapkan elaun mara ja kot utk survive. so mmg tak mampu lah dulu. lagi2 kena duk ulang alik naik kete dari kl ke bj, mmg parak laaa. tapi serius dowh, camna la dorang boleh hidup camtu, lagi2 yg still student and guna ptptn. 

Anyway, yeah. fast foward. i got my degree (woohoo). tapi pointer tak cantik lah. mmg asal lepas jee. Really have to thanks my Spv for that lah. mmg cool siak SPV fyp degree kat uni ni. abdallah(kot) nama dia. senang nak ber-kompromi, tapi susah nak jumpa. kalau aku ingat lagi, kitroang ada 3 mentee under dia. tiap2 kali nak jumpa dia, mesti dia tgh keje kat luar (sbab dia ni parttime lect). so kitorang mmg rasa mrah gila ngan dia, rasa mcm nak report kat our Lead Spv je time tu, mcm nak complaint lah ngan dia ni masalah dan tak mnbantu. but lately, bila dah dekat ngan deadline, dia ada. so rasa mcm tak jadi lah nak complaint and we just follow with it. 

Sebab apa dia cool, haaa. Senang je, time tengah present fyp punya system. dia mcm tak puas hati and tnya “its that all?” (TBT, system tu mmg simple gila, cukup2 makan utk bagi lepas fyp tu). So kenalah explain kat spv tu. “actually sir, im not aiming for distinction for this subject. I just wanna graduate and get a job”. Dia gelak. Then dia ckp “but if you want to improve your system, I could give you time as you still got around 3 weeks before the deadline”. “its not about the deadline sir, I have already got a job on next week and I want to settle my fyp ASAP”. Dia geleng kepala ja. Hahaha. “If you say so, after I check your doc and system, yeah, you can get atlease C for this. But how bout this, you can improve abit on your documentation and submit back to me on next 2 weeks, same as your classmate. Just think about it ay?”. Nampakkkk… caring ke tak spv ni. Hahahaha.. next month nye, presentation kat 2nd marker. Time ni mmg abis slow talk lah dia ngan 2nd marker tu, explain yg mentee di ni tgh kerja lah, submit awal  lah. Apa2 lah, demi utk lepaskan fyp tu. And alhamdulliah, selamat jgk graduate pada 2015 tu.

2016 - 2018

 huewwww... alam perkerjaan... dimana makhluk yg brnama faiz ni meningkat menjadi seorang dewasa. hahaha. okay, 1st job, wincor. mana jumpa? jobstreet. job description? haaaa.. ni nak cita nieeee. seingat aku lah, time apply kat jobstreet tu rasanya mcm IT Helpdesk Agent ja. so dari ni kita ingat mcm "oh, mcm buat IT lah kan, repair2 pc, check connection internt"... jap. hmm. betul lah tu, mmg kena buat camtu. TAAPII, tak tau lak keje mcm call center. yee.. call center utk station minyak. kalau mcm POS tu rosak, and cashier taktau nak buat apa. im your guy. call kitarong and kitarong akan cuba utk selesaikan masalah tu.tapi elok jgk lah keje kat situ. sbab time tu dorang ada jaga Uk market, so boleh la asah sPeaKiNG kita. hahaha.

cukup brape bulan lepas tu, pindah ke tmpat lain lak. ke DMx lak. haishh. DMx, banyak benda balajar kat sini. position? NOC (monitor  internet connection, kalau ada prob,contact cust). pada mulanya rasa mcm nak lompat bidang lah, dari programmer ke Network, mula2 mcm, heh, boleh kot bendah ni . i was wrong. dead wrong. ingat compny akan mcm, "oh, you takda background network, no worries, we will send you onsite with a senior staff". but noooooo, "eh, we dont have enough staff lah, can go there and try to fix it ah?" wut? dengan blur2 taktau pasal switch ngan router, turun lah site. bila cust tanya issue, "eh, im not sure lah, need to confirm with my senior 1st ah". segan oi. dah lah deal ngan head of IT company tu, then senang2 cakap i dun nuw~. professional nyee.. so tak dapat lah teruskan utk masuk bidang network.

9 bulan pastu, dapat masuk SEB lak, jobscope? Helpdesk utk station minyak balik laaaaa. tapi nasib baik ada exprience kat compny lama, so senang lah skit nak catchup nye pun. then, stahun lepas tu, dapat offer dari department lain, nak cari programmer katanya, so try apply, alhamdullah dapat and im still in that position lah till now. Tapi tak tau lah tahun depan mcm mana kan. hew hew.


2019

hmm.. 2019 dah ek.
wow,
bila tulis balik cerita thun sblm2 ni tadi,  banyak jgk ek yg dah dilalui.
tp alhamdullah, sampai ke tahun ni jgk lah.
27 tahun dah hidup.
10 tahun tinggalkan SPM
4 tahun tinggalkan zaman kolej
heh,, still terpegun lagi.

Yes. 2019 antara tahun yg amat berat bagi aku. tahun ni lah aku dapat belajar menjadi seorang manusia. banyak event2 hidup yg besar berlaku tahun ni, mcm pi brcuti  pi negara balkan, pi bandar aceh and kawan2 ramai kawin.


Tapi, antara banyak2 benda yg berlaku, Kehilangan seseorang yg aku panggil Ayah adalah benda paling besar bagi aku tahun ni.

Ayah meninggal pada 22 feb 2019 kerana kanser hati.
Ayah pernah tewas kanser usus sebelum ni.
tapi tahun lepas Ayah dapat balik kanser ni dan telah berlawan selama 7 bulan
Ayah pergi dengan tenang dan aman di hadapan kami sekeluarga.
Dan kami amat merindui kamu, Ayah.

Pada mulanya, aku rasa mcm takda benda pun. sebab seblum ni, ayah pernah kena, dan sembuh, so takda hal la kalau kali ni pun sembuh jugak kan?.sangkaan ku salah.mungkin faktor usia, atau mungkin sudah tersurat mmg inilah masanya.takpa, kami redha, kami bersyukur kerana berkesmpatan utuk mengenali ayah selama ini.

ayah kena diagnose kanser pada 3 julai 2018, masa tu aku ingat lagi, aku tgah lunch dekat kedai, duk brsembang2, gelak2, then tiba2 dapat msj dari ibu, cakap ayah kena kanser hati. Aku dari gelak2 ngan mmber terus terkedu. mmg tak tau nak buat apa, risau, ya. sangat risau, msa tu mcm nak je pergi hospital terus nak tengok keadaan. tapi ibu kata takpa, baru suspect, tak confirm lg, jadi teruskan kerja tu, takpa. 
Maka bermulah lah  kehidupan chemotherapy. doktor kata takpa, ayah pernah tewaskan kanser sblum ni, so ni takda hal lah. lagipun ada muda lagi, insyallah takda benda. Nampak jgk ayah pun berusaha nak sembuh. lagi2 nak tengok cucu pertama nak keluar bulan sept. Still remember lagi, apa yg ibu kata kat ayah, ayah memang jenis yang tak percaya berubat yg lain dari perubatan modern, so bila ibu ajak ayah pi cara alternatif lain,ibu kata "jom lah cuba cari ni pulak, tanak ke tgk cucu ni?". dari mulanya tanak, mula lah cuba jgk cara lain. nampak usaha ayah utuk sihat demi keluarga. bila kita pergi,ada lah nampak perubahan sikit, tapi tak lama.

Ayah admit hospital 13 feb 2019. masa ni doc kata dah very weak, so kena buat masuk hospital utk standby kalau ada apa2 issue, nurse ada lah. funny enough , ibu ngan ayah punya anivesarry 14 feb, so ada lah gurau ngan ayah "patutnya ayah ngan ibu kena celebrate kat luar, bkan kat hospital" Ayah kata " takpa lah, celebrate sini pun takpa, cuma doakan ayah dapat kluar cepat je".Dalam beberapa hari tu, ayah slalu muntah2,  hilang selera makan, tak selesa bila nak tidur. nampak ayah tengah sakit. tapi ayah masih kuat. masih lagi cuba nak sihat.

sampai lah sehari sblum ayah pergi, ayah kena admit masuk ICU sbab tekanan darah rendah. Masa tu, aku dah balik dari hospital.ibu dah berkampung kat sana 2 mggu dah, ibu panggil kitorang datang balik sana. ibu cakap, tekana darah ayah rendah sangat, and doc dah bagi adnerilene utk naikkan balik tekanan tu. tapi doc dah bagitahu, kalau tekanan darah tu turun balik, dia request utk tidak bagi lagi adlrne tu lagi. supaya tak siksa pesakit. ibu agree. kitraong redha. Malam tu, kitorang jumpa ayah dlm ICU, masa itu ayah sedar lagi. boleh dengar, boleh respond kalau kitorang tanya. akak kata, "ayah kena kuat, ayah lawan benda tu". ayah angguk.nurse masuk, mnta fmly keluar, bagi patient rehat. "okay ayah, Jumpa Esok". Ayah angguk. itulah ayat dan respond terakhir yg aku bagi and dapat dari ayah. kitorang still tunggu dlam waiting room, semua sedang siap sedia dengan apa yang berlaku. ibu slalu kata, "siap2 semua, sekarang ni kita boleh berdoa je, kalau betul lah mlm ni masanya, smua kena redha, terima keyataan ini". malam tu ibu dah bagi tugasan kat kitorang dah. sapa yg kena inform kat msjid, sapa yg akan bawa kete, sapa yg akan kemas2 baju. esoknya, ayah meninggal pada 10:11 am 22 feb 2019.

Pagi tu, kitorang dah ada tugasan sendiri. kitroang dah tahu nak kena buat apa, panggil sapa. rumah pun sedara mara dah siap kemaskan utk bacaan tahlil. hari tu sangat senang dan laju saja utk menguruskan ayah. van jenazah sampai ke hospital dlm pukul 11, ayah selamat mandi dan dikafankan sblum kuthbah jumaat dan ayah disolatkan selepas solat jumaat bersama dengan jemaah yang ada masa itu. ayah selamat dikebumikan selepas asar. tahlil arwah buat lepas isyak malam tu dekat rumah.

Banyak benda nak cakap kat ayah sebenarnya,
gambar lama dari album tu ada yg dapat diselamatkan
faiz dah siap betulkan pili air toilet.
Cucu ayah skang muka nak dekat sama ngan muka ayah,
Nak cakap yang skang ni kitorang okay ja,
Ayah jgn risau, kitorang dah boleh jaga diri.

 


        Jadi tenanglah ayah disana.

















2 comments:

  1. perghhh sedihh siak tapi dah agak ko akan update pasal ayah ko hahahahaahahahaha, tapi kira baguslah korang semua satu keluarga mempercepatkan urusan jenazah ayah ko bagi aku itu lah penghormatan yang terakhir yang kita boleh berikan sebagai anak2 hahaahahahahahaha, anyway bila baca ko punya blog post aku nak minta maaf ler yang aku tak dapat grad dgn ko sekali, aku nak jer grad tapi tak dapat sebab honestly aku dah tak berminat untuk belajar di APU, keadaan kat situ terlalu berbeza sangat dekat aku and at that time i still miss KPM so much, that the difference in environment really stressed me out.

    Aku tak tahu sama ada ko kehilangan ayah ko akan beri impak yang besar ke tak pada ko tapi kalo ko rasa lemah, take a step back and maybe visit your inner self, confront the stupid reality and figure out whether its worth fighting or worth surrendering the fight hahahahahahahahaha

    ReplyDelete